Kebiasaannya, sebilangan peminat keretapi yang berkemampuan akan turut menyimpan model-model keretapi kegemaran mereka sebagai simbolik kepada minat mereka terhadap keretapi. Namun demikian, hobi ini bukanlah satu hobi yang murah. Ini kerana, harga yang terpaksa dibelanjakan untuk memperolehi satu model lokomotif sahaja pun sudah mencecah ratusan ringgit (ataupun ribuan ringgit) bergantung kepada model dan juga jenama model tersebut. Itu tidak termasuk aksesori lain seperti gerabak, landasan dan juga bangunan serta perkakasan lain sebagai penyeri diorama.
Saya sendiri sudah membelanjakan ribuan ringgit demi mendapatkan model-model keretapi kegemaran saya. Salah satu daripada model yang paling saya minati ialah model lokomotif kelas 22 English Electric yang digunakan oleh KTM sejak 1971 (seperti dalam gambar). Model tersebut merupakan working model dan dibeli daripada seorang penggiat model keretapi di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu (akan bersambung).
No comments:
Post a Comment